Anwar lakukan lawatan rasmi pertama ke Australia

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Lawatan Anwar ke Australia atas jemputan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese itu, akan meliputi Melbourne yang bermula pada Ahad bagi menghadiri mesyuarat dan pertemuan penting, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatannya pada 7 Mac.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Sharrina Abdullah berkata lawatan itu, mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala.

Beliau berkata hubungan Malaysia dan Australia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021.

“Kita berada dalam hubungan yang sangat baik dengan Australia,” katanya pada taklimat media menjelang lawatan Anwar, pada Ahad.

Baca juga: 2,500 rumah mampu milik akan dibina atas tanah rizab Melayu – Anwar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This