SEORANG pemandu kenderaan pelbagai guna maut selepas diserang sawan dalam kejadian kemalangan di Kilometer 112.6, Lebuhraya Utara Selatan Yong Peng – Pagoh, dekat Batu Pahat, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 8.55 malam.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Endau, Johor.
“Sampai di lokasi kejadian, pemandu dipercayai mengalami serangan awan sebelum kereta hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan terbalik.
“Akibat kemalangan, pemandu yang dikenali sebagai Ng Chee Keong, 40, mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, enam penumpang yang terdiri daripada isteri berusia 31 tahun, ibu mertua berusia 55 tahun, tiga orang kanak-kanak berusia 14, 10 dan enam tahun serta bayi berusia tujuh bulan mengami cedera ringan.
Kesemua dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail bagi menerima rawatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

