JEMAAH yang menunaikan umrah atau haji di Tanah Suci dinasihatkan supaya meninggalkan ‘trend’ menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad semata-mata demi kandungan di media sosial ketika ini.
Saranan itu disuarakan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.
Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut menegaskan ‘trend’ sedemikian adalah merugikan.
Malah, kata beliau, agak janggal apabila ibadah yang suci dan mulia dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar.
Beliau juga menyifatkan tindakan sedemikian bukan pada masanya.
“Saya lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.
“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah termasuk doa-doa kepada-Nya.
“Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta content (kandungan media sosial)!,” tegasnya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: TH tawar hadiah wang tunai, pakej umrah sepanjang 2024
Terdahulu, tindakan seorang pempengaruh media sosial memuat naik video bersesak-sesak untuk mencium Hajar Aswad menerima kecaman warga media sosial.
Rakaman video yang dimuat naik ke TikTok itu memaparkan pempengaruh media sosial itu menarik kumpulan jemaah termasuk isterinya dengan menolak jemaah lain semata-mata untuk mencium Hajar Aswad.
Video tersebut turut memaparkan beberapa jemaah wanita termasuk isterinya sukar bernafas selepas bertolak=tolak dengan jemaah lain.
Mengulas lanjut, Zulkifli menegaskan, hukum mencium Hajar Aswad sekiranya menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membahayakan adalah haram.
Tegasnya, cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan sahaja sebagaimana disebutkan Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.
“Tawaf adalah satu ibadah sebagaimana mencium Hajar Aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium Hajar Aswad adalah sunat.
“Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

