Anwar bertemu PM Thailand, Srettha Thavisin di Australia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin di antara sela-sela lawatan rasmi pertamanya ke Australia.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar memberitahu, pertemuan santai itu memberi peluang kepada beliau dan Srettha bertukar-tukar pandangan mengenai kemajuan inisiatif yang dipersetujui bersama.

Menurut Anwar, ia secara langsung dapat menambah nilai kepada usaha hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Selain itu, perbincangan juga menjuru kepada perkembangan berkaitan Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).

“Malaysia juga mengulangi komitmen sebagai fasilitator dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan Thailand,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Anwar bertemu pengurusan kanan syarikat terkemuka Australia

Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi selama empat hari ke Australia atas jemputan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Ini adalah lawatan sulung Anwar ke Australia dan beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan Australia-Malaysia (ALM) Kedua serta Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia, dengan ASEAN dan Australia akan mengkaji semula situasi kerjasama semasa dan membincangkan penambahbaikan kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk peralihan tenaga, pembangunan modal insan, integrasi ekonomi, kesalinghubungan dan kerjasama maritim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This