HELIKOPTER Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dilaporkan terhempas di Perairan Pulau Angsa, Selangor pagi tadi berlaku ketika melakukan latihan menyelamat.
Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, helikopter AW 139 dengan nombor pendaftaran M72-01 itu terhempas pada pukul 9.55 pagi.
Beliau berkata, maklumat awal diterima daripada pemancing yang berada di lokasi kejadian.
“Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada pukul 10.15 pagi tadi.
“Pesawat yang mendarat cemas diterbangkan oleh Leftenan Komander Maritim, Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I Maritim John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara Maritim Muhamad Nurhayyat Hashim,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, aset APMM dikerahkan ke lokasi kejadian yang melibatkan bot Pengawal 25 dari APMM Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 daripada Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).
Tambahnyaa, kesemua kru AW139 telah diselamatkan oleh pesawat AS 365 N3 dan telah diterbangkan ke SUMS.
“Ketika kejadian berlaku, bot pemancing yang berada di lokasi berkenaan telah memberi bantuan awal kepada kru terbabit.
“10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan KM Bagan Datuk juga diatur gerak ke lokasi bagi melakukan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.
“APMM juga mengucapkan terima kasih di atas maklumat dan tindakan pantas daripada komuniti maritim yang membantu CARILAMAT kejadian ini.
“Operasi CARILAMAT telah ditamatkan oleh CAAM pada pukul 11.15 pagi tadi,” katanya.
Hamid berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca-punca kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

