EMPAT mangsa termasuk juruterbang yang berada dalam sebuah helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dilaporkan terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang pagi ini telah berjaya diselamatkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Datuk Norazman Mahmud memaklumkan, kesemua mangsa diselamatkan dengan helikopter penyelamat dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada pukul 10.58 pagi tadi.
Mengulas mengenai kejadian itu, Norazman memberitahu helikopter model AW139 dengan nombor pendaftaran M72-01 itu telah berlepas dari LTSAAS pada pukul 9.10 pagi bagi latihan penerbangan.
Beliau memberitahu, hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 9.20 pagi tadi.
Bagaimanapun, Norazman berkata, tiada panggilan kecemasan diterima pihak kawalan trafik udara.
“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi helikopter.
Baca artikel lain: Helikopter APMM dilapor terhempas, penumpang selamat
“Terdapat empat penumpang termasuk juruterbang berada dalam helikopter tersebut dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
“Siasatan akan dijalankan oleh Lembaga Siasatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan sebuah helikopter jenis Agustawestlan AW139 milik APMM terhempas di kawasan perairan berhampiran Pulau Angsa di Kuala Selangor pagi tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 10 pagi.
“Maklumat awal yang diterima terdapat empat orang mangsa dan diselamatkan nelayan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

