Reman pemandu lori tolak kekasih hingga maut disambung dua hari lagi

Dari Penulis

REMAN terhadap pemandu lori yang dipercayai menolak kekasihnya dari tingkat 23 di sebuah kondominium dekat Setia Alam, disambung dua hari lagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim GAMBAR: Abd Razak Aid

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, permohonan reman itu dibenarkan sehingga 8 Mac oleh Majistret Farah Rosnan di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

“Reman telah dibenarkan ke atas suspek bermula 7 Mac sehingga 8 Mac,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

UtusanTV sebelum ini melaporkan pihak polis telah menahan lelaki berbangsa India berusia 37 tahun sekitar jam 10.10 malam, Rabu lalu selepas menerima laporan oleh orang awam berhubung kejadian sekitar jam 10.02 malam.

Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja ditemui meninggal dunia di tingkat tujuh kondominium terbabit.

“Saksi kejadian mendakwa telah terdengar pergaduhan sebelum melihat suspek menolak mangsa dari tingkat 23,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah selain saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis kanabis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This