Bertemakan “Ramadan Mentadabbur Keindahan” TV AlHijrah sasar 7 juta tontonan sepanjang Ramadan

Dari Penulis

Sepanjang bulan Ramadan ini, stesen TV AlHijrah tampil menyajikan pelbagai program menarik khas untuk penonton setianya bagi mendidik jiwa dengan ilmu, dakwah dan hikmah.

Mengangkat tema “Ramadan Mentadabbur Keindahan” usaha ini bertujuan memanfaatkan Ramadan sebagai bulan yang berkat untuk mentadabbur keindahan yang Allah ganjarkan kepada hamba Nya yang berpegang kepada ajaran al-Quran.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, TV AlHijrah berperanan sebagai salah sebuah agensi Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang memberikan pendidikan kemasyarakatan kepada masyarakat agar saling berkasih sayang serta membantu sepanjang bulan kemuliaan ini.

Maka itu penonton harus cakna dan mengambil tahu isu-isu kemanusiaan serta kasih sayang dalam usaha untuk terus menyebarkan keindahan dalam kehidupan.

“Alhamdulillah, berkat kerja kuat dan kesungguhan seluruh warga TV AlHijrah, stesen ini terus mendapat kepercayaan rakyat.

Apa Cerita Kome bersama Ustaz Kazim Elias menemui penonton sepanjang Ramadan

“Pada Ramadan tahun ini, TV Alhijrah telah menyediakan sebanyak 22 rancangan istimewa buat penonton. Pecahannya adalah 21 rancangan penerbitan dalaman antaranya Apa Cerita Kome Bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan, Ibrah Ramadan, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan dan banyak lagi, manakala terdapat satu program branded content iaitu Ehsan” Jelasnya.

Dengan pelbagai rancangan istimewa yang disiarkan nanti, Mohd Na’im turut menyasarkan sepanjang Ramadan tahun ini diharapkan peningkatan tontonan mencapai 7 juta tontonan dan dapat meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun 2023 yang lalu iaitu hanya sebanyak 6.4 juta tontonan.

“Sebanyak 308. 5 jam diperuntukkan untuk menayangkan kesemua rancangan-rancangan ini dengan peningkatan 17.8 peratus jam siaran berbanding tahun lalu. Lebih istimewa juga, buat pertama kalinya TV AlHijrah akan menyiarkan drama bersiri Arab yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam iaitu Imam as-Syafie.

“Drama ini akan disiarkan sebanyak 30 episod setiap hari pada jam 6 petang. Selain itu dua filem terbaik Ramadan turut akan ditayangkan iaitu Imam dan Perjalanan Pertama” Katanya ketika melancarkan Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah yang diadakan di perkarangan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Mohd Na’im turut menambah, melalui segmen filem dan drama yang disiarkan ini dapat menarik dan mendekati penonton-penonton baharu kerana program agama tidaklah hanya terhad kepada kuliah, forum dan tazkirah semata-mata.

“Filem dan drama juga adalah salah satu bentuk wahana dakwah yang berkesan apabila diolah dengan baik dan ini adalah sebahagian perjuangan TV AlHijrah dalam nuansa dakwah penyiaran.

“Justeru dalam memastikan anak-anak muda digerakkan agar memahami dan menghayati al-Quran, TV AlHijrah juga memperuntukkan 141 jam siaran bagi menyiarkan empat rancangan istimewa bernadakan kalam suci Ilahi. Antara rancangan tersebut ialah Syahadah al-Furqan, Khatam Ramadan, Tadarus al-Quran@114 dan Kapsul Taranum Challenge” ujar beliau.

________________________________________-

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Langkah Proaktif Tabung Haji, Rangka Pelan Musim Hadapan Ketika Operasi 1447H Masih Berjalan

LEMBAGA Tabung Haji (TH) membuktikan komitmennya dalam memperkasakan pengurusan haji negara apabila sudah mula mengorak langkah awal merangka pelan...

More Articles Like This