“Alhamdulillah, God is great” – Sophia Albarakbah

Dari Penulis

AKTRES cantik Sophia Albarakbah yang sebelum ini pernah terkait kontroversi sensasi bersama Aliff Aziz, menarik perhatian ramai menerusi perkongsian di media sosial.

Sophia memuat naik ciapan di laman sosial X seperti memberi bayangan mengenai isu panas yang membabitkan Aliff dan Ruhainies.

“Alhamdulillah, God is great,” tulisnya secara ringkas.

Pun begitu, Sophia tidak memperincikan maksud disebalik status berkenaan.

Pada masa sama, netizen meninggalkan komen agar Sophia tidak menambah bara dan mengeruhkan lagi keadaan.

Malah, ada juga segelintir warganet yang sengaja mengimbas kembali kes hangat satu ketika dulu apabila Ruhainies melabelkan Sophia sebagai perosak industri susulan isu pihak ketiga dalam hubungan Aliff dan isterinya, Bella Astillah, tahun lalu.

Sophia dan Aliff sebelum ini dikatakan pernah rapat selepas membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This