Ilham daripada mesin potong kain yang kini digunakan di seluruh dunia

Dari Penulis

Mesin rumput, salah satu alat paling mudah digunakan jika mahu memotong rumput dalam waktu singkat. Pernahkah anda terfikir bagaimana mesin ini terhasil?

Mengikut rekod, mesin rumput pertama dicipta oleh Edwin Beard Budding, seorang anak petani yang lahir pada tahun 1830 di Kota Stroud, Gloucestershire, England.

Ayahnya mengesan bakatnya dalam penciptaan sejak kecil. Sebab itu walaupun hidup miskin, ayahnya tetap berusaha menghantarnya belajar sehingga berjaya menjadi seorang jurutera.

Tamat belajar, Edwin bekerja di sebuah kilang kain. Tugasnya setiap hari mengendalikan mesin pemotong kain. Suatu hari, beliau dapat idea selepas melihat sebuah mesin dalam kilang fabrik tersebut di mana mesin itu menggunakan mata pisau berbentuk silinder untuk memotong lebihan kain yang tidak sekata.    

Edwin merasakan teknologi yang sama boleh digunakan untuk memotong rumput jika mekanismenya ditukar kepada bentuk roda yang boleh berpusing.

Bersama John Ferrabee, seorang jurutera tempatan dan sebagai pelabur, mereka mula mencipta mesin rumput dalam sebuah kilang di Stroud. Pada 25 Oktober 1830, dia berjaya menghasilkan mesin rumput lalu mematenkan ciptaannya di England.

Pada 1831, untuk pertama kalinya mesin pemotong rumput ciptaan mereka diuji keberkesanannya di taman Zoological, England. Hasilnya cukup memuaskan. Rumput berjaya dipotong dengan cepat dan sekata.

Sejak itu, kilang mereka mula mengeluarkan mesin ini secara besar-besaran sehingga terjual sebanyak 1000 unit. Sepuluh tahun kemudian, mereka meneruskan lagi dengan mengeluarkan inovasi mesin potong rumput menggunakan tenaga kuda.

Berbekalkan idea baru dan kecanggihan teknologi, banyak lagi ciptaan dan inovasi baru dalam pembuatan mesin rumput seperti menggunakan kuasa wap. Sayangnya, pada tahun 1863 kilang ini jatuh bankrap dan terpaksa ditutup.

Edwin pula meninggal dunia pada tahun 1846 disebabkan penyakit strok. Mengenang jasa dan sumbangannya, model pertama mesin pemotong tersebut diabadikan di Muzium Stroud, Muzium Ilmiah London dan Muzium Milton Kyenes.

Apa pun, idea Edwin yang mencetuskan penghasilan mesin potong rumput inilah akhirnya dikembangkan oleh pihak-pihak lain dan hari ini, pelbagai rekaan mesin pemotong rumput boleh kita lihat di pasaran yang digunakan di seluruh dunia.

Mesin ciptaan Edwin yang dipamerkan di muzium.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This