Jambatan Sungai Perangin Oriental Village Langkawi siap sepenuhnya, dibuka pada pengguna

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JAMBATAN Sungai Perangin Oriental Village Langkawi bagi mengatasi masalah kesesakan teruk pada waktu puncak siap sepenuhnya dan dibuka kepada pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, masalah kesesakan teruk di laluan tersebut telah menyebabkan kerosakan fizikal di jalan berkenaan.

Alexander turut berpuas hati dengan keadaan jalan raya dan jambatan baharu yang dibina.

Menurut beliau, penyerahan secara rasmi Jambatan Sungai Perangin Oriental Village itu akan diadakan esok.

“Pada Mei 2024, saya pernah turun ke lokasi untuk meninjau pembinaan jambatan ini yang diluluskan dalam senarai Projek Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Pembinaan jambatan baru sepanjang 25 meter dengan kelebaran 12.5 meter ini melibatkan kos sebanyak RM7.8 juta.

“Kerja-kerja yang dilaksanakan termasuklah menaik taraf jalan tuju, kerja-kerja geoteknikal (tembok penahan), menaik taraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu dan perabot jalan serta pengalihan utiliti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Tol percuma sempena Deepavali mulai esok – Nanta Linggi

Mengulas lanjut, Alexander memberitahu, projek tersebut penting kerana menghubungkan laluan utama ke kereta kabel Langkawi dan Hotel Berjaya yang menjadi tumpuan penduduk setempat serta pelancong dari dalam dan luar negara.

Jelasnya, pembinaan jambatan baharu itu dilihat bakal menggalakkan aktiviti pelancongan untuk terus berkembang dan membantu ekonomi setempat.

Selain itu, Alexander turut meninjau perkembangan kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

“Pembinaan projek ini yang terletak di dalam tapak Hospital Sultanah Maliha, Langkawi sedia ada di Lot 2494, telah diluluskan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) RMK-11 dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM425 juta.

“Projek ini yang dijangka siap pada 26 Disember 2025 bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan penjagaan pakar lebih mudah diakses kepada penduduk serta pelancong di Langkawi yang makin bertambah.

“Penambahan sebanyak 220 katil baru yang menjadikan jumlah keseluruhan katil kepada 330 katil di hospital ini dilihat mampu menampung keperluan penduduk terhadap akses perubatan dan rawatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This