Senamrobik Komuniti platform membudayakan sukan, amalan gaya hidup aktif

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROGRAM Senamrobik Komuniti yang dilancarkan secara rasmi hari ini merupakan platform bagi membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat di peringkat komuniti.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program yang diadakan di 43 lokasi sekitar Kuala Lumpur secara percuma sepanjang tahun itu memberi tumpuan kepada penduduk di projek perumahan rakyat (PPR).

Beliau menjelaskan, penduduk di PPR tidak mempunyai fasiliti yang lengkap untuk menjalankan aktiviti rekreasi.

Atas dasar itu, Hannah berkata, penglibatan persatuan penduduk dan rukun tetangga amat penting bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut sama menyertai senamrobik bersama orang ramai ketika hadir ke Pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Fokus program ini adalah untuk memberi kemudahan kepada mereka yang mahu bersukan khususnya wanita dan warga emas tetapi mungkin tidak mampu atau tidak mempunyai akses tersebut (sukan).

“Dengan senamrobik, ia sangat mudah kerana tidak memerlukan apa-apa peralatan dan boleh melibatkan semua lapisan masyarakat di pelbagai peringkat umur. Mereka hanya perlu turun dan gerakkan badan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Program Senamborbik Komuniti peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (dua dari kiri) ketika hadir ke Pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Hannah harap Tze Yong sempat sembuh sebelum kelayakan ke Paris 2024 berakhir

Mengulas lanjut, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius isu akses kepada apa sahaja jenis sukan.

Katanya, disebabkan kepadatan, penduduk di PPR tidak mempunyai akses untuk menjalankan gaya hidup sihat.

“Saya tak mahu kita memberi tumpuan kepada satu jenis sukan tetapi kita nak pelbagaikan aktiviti bagi rakyat, khasnya tahun ini kita nak fokus untuk golongan warga emas aktif bersukan.

“Kita lihat warga emas selepas bersara pada usia 60 tahun mungkin mereka hanya menghabiskan masa dengan gajet dan apabila kurang bersukan, banyak masalah kesihatan akan datang.

“Jadi, kita nak hentikan perkara itu dan menggalakkan gaya hidup sihat kepada mereka. KBS bukan sahaja untuk belia tetapi untuk semua rakyat Malaysia yang mahu bersukan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This