Siri jelajah PN bukan persiapan untuk PRK – Azmin

Dari Penulis

SIRI jelajah yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) bukan sebahagian daripada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Karang.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jelajah diadakan untuk memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat bukan saja di Parlimen malah di seluruh negeri.

“Saya baru saja diberi tugas Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) PN Selangor.

“Oleh kerana ada perkembangan terkini di Tanjong Karang, sudah tentu kita sebagai parti politik perlu bersiap siaga dengan apa juga kemungkinan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri jamuan makan tengah hari di Kampung Permatang, hari ini.

Baca artikel lain: Mayat lelaki dengan kesan kecederaan ditemukan di Sungai Klang

Hadir sama, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh.

Semalam, media melaporkan PN bersama Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA) akan mengadakan siri jelajah seluruh Malaysia untuk memberi penerangan mengenai isu semasa yang menghimpit rakyat ketika ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, MUDA akan diwakili Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berkolaborasi sepanjang jelajah itu, yang dijangka bermula selepas Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi menafikan partinya akan terbabit dalam jelajah itu kerana perkara terbabit tidak pernah dibincangkan pada peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This