MTEN bincang mekanisme khusus kurangkan jumlah pekerja asing

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan membincangkan satu mekanisme khusus untuk mengurangkan jumlah pekerja asing secara berkala, bulan depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hasrat mengurangkan jumlah pekerja asing tidak berkemahiran dalam negara memerlukan bukan sahaja dasar tetapi kerjasama daripada industri.

Malah, kata beliau Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dibentangkan tahun hadapan akan meletakkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing yang lebih drastik dan berkala.

“Kita perlu komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing tidak berkemahiran dalam negara kita.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

“Saya sebut ini di Parlimen hari ini supaya dapat menyediakan industri dan ekonomi kita lebih awal.

“Kalau kita terus ada antara 3.5 juta pekerja asing sama ada mempunyai dokumentasi atau tidak, ini mewujudkan satu kumpulan yang menawarkan struktur kos lebih rendah yang mana peniaga tempatan tidak boleh bersaing.

“Mereka akan terus meletakkan harga jauh lebih rendah dan akan terus ada peniaga atau orang ramai yang lebih gemar mendapatkan khidmat atau produk mereka,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel lain: Kesesakan jalan, hasil padi serta kenaikan elaun TVET tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai fenomena persaingan antara rakyat negara ini dengan pekerja asing, yang mana pekerja asing datang sebagai buruh kasar tetapi menjadi pengusaha.

Selain mengurangkan jumlah pekerja asing, Rafizi menambah, kerajaan akan turut membentangkan undang-undang Akta Anti Rent-Seeking atau Akta Anti Alibaba bagi memastikan perkara tersebut dapat ditangani sebaik mungkin.

Beliau menjelaskan, buat masa ini tiada undang-undang khusus bagi mengambil tindakan terhadap penduduk tempatan yang menyewakan lesen yang diperoleh kepada pekerja asing.

“Sebahagian sebab kita ada fenomena ini adalah kerana penduduk tempatan lebih gemar memperoleh RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dan hanya memakai nama mereka sahaja.

“Pandangan kami selain struktur ekonomi perlu diperbetulkan dengan mengecilkan jumlah pekerja asing yang ada, kita juga perlu mengetatkan undang-undang salah satunya melalui akta ini.

“Ini supaya menjadi kesalahan untuk membolehkan pekerja asing mengusahakan perniagaan atau perusahaan atas nama orang tempatan yang telah menyebabkan berlakunya keadaan seperti sekarang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This