“Tak pernah terfikir nak periksa telefon bimbit suami” – Alyah amal baca al-Fatihah & ayat Kursi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEPANJANG sedekad tempoh perkahwinan, Datin Alyah mendedahkan dia tidak pernah memerika telefon bimbit suaminya, Datuk Ramli MS.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan,43, dia meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pasangan selain sentiasa berdoa agar rumah tangganya kekal harmoni.

“Saya tak boleh jangka apa yang akan terjadi dengan masa depan, jadi saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal (suami) pun, jika nak jadi apa-apa akan tetap terjadi.

“Bila suami atau saya keluar rumah untuk bekerja, saya akan amalkan baca surah al-Fatihah serta ayat Kursi untuk diri sendiri. Itu sajalah.

“Saya pun tak pernah buka telefon suami. Saya memang langsung tak pernah terfikir nak buka atau periksa sebab yakin yang Allah Maha Tahu,” katanya.

Alyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Twomee Health Beauty dan pelantikannya sebagai duta di sebuah hotel di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Tambah Alyah, dia memahami tugas suaminya yang juga seorang maestro muzik terkenal akan sering bekerjasama dengan ramai penyanyi wanita.

Bagaimanapun, Alyah tidak selalu mengawal pergerakan suami kerana percaya dengan kuasa Allah terhadap doa isteri yang teraniaya.

“Masuk saja fasa 10 tahun perkahwinan, kehidupan kami lebih tenang berbanding awal-awal dulu.

“Memang masa mula-mula kahwin dulu ada saja dugaan tapi Alhamdulillah kini kami lebih banyak belajar dari pengalaman lalu.

“Sekarang ini pun dah tak ada apa yang nak dikejarkan. Lalui saja jalan ini dengan penuh sabar,” ujarnya.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai perlantikannya sebagai duta produk, Alyah menganggap ia sebagai rezeki buat dirinya meskipun usia sudah menjengah pertengahan 40-an.

“Saya bertuah dan bersyukur kerana diberikan rezeki untuk tahun 2024.  Sebagai penyanyi, saya amat menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan apabila berhadapan dengan orang ramai.

“Saya berterima kasih kepada pengasas produk Twomee iaitu Datuk Suraya Semaru sebab memilih saya selaku duta mereka.

“Sebelum bersetuju untuk jadi duta, sudah tentu saya diberikan peluang untuk mencuba produk Twomee. Rangkaian produk mereka ini sangat sesuai untuk wanita dan lelaki.

“Sebagai duta, saya akan bertanggungjawab untuk berkongsi tips kecantikan luar dan dalam untuk semua yang mementingkan soal penampilan,” akhirinya.

Alyah dan Ramli MS mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This