Cuaca panas, kering lebih 35 darjah Celsius di Semenanjung, Sabah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CUACA panas dan kering dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan situasi cuaca panas dan kering itu diramalkan berlaku selama tempoh tujuh hari akan datang.

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi Met Malaysia.

“Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: KKM rekod 13 kes berkaitan cuaca panas, majoriti kelesuan haba

Dalam pada itu, Muhammad Helmi berkata, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang pula dijangka berlaku di Sarawak sehingga Jumaat ini.

Jelasnya, keadaan itu berdasarkan analisis model-model cuaca yang menyaksikan penumpuan angin berlaku di negeri berkenaan.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke pagi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This