KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia sebagai satu daripada usaha memenuhi keperluan semasa.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI) telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) pada Januari lepas dan pelajar kohort pertama program itu akan memulakan pengajian Oktober ini.
“Pembangunan dan kurikulum AI telah dikenal pasti menepati keperluan industri, melibatkan pakar-pakar bidang AI serta seiring dengan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 yang dirangka oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),” katanya.
Baca artikel lain: Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan – Fuziah
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Zambry berkata KPT sememangnya sedang dalam usaha merealisasikan agenda negara ke arah membangunkan bakat mahir yang memenuhi kehendak industri dan siswazah kalis masa hadapan.
“KPT juga telah membangunkan Kerangka Pembangunan Program Teknologi Tinggi Bernilai Tinggi bertujuan menghasilkan graduan yang mampu mendepani landskap pekerjaan yang sentiasa berubah dan penuh dengan persaingan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

