Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan – Fuziah

Dari Penulis

SEBANYAK 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah, Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata menerusi dapatan yang diperoleh daripada Kajian Impak Program Payung Rahmah pada akhir tahun lepas itu, 87 peratus responden bersetuju inisiatif Rahmah dikekalkan.

Selain itu, katanya 73 peratus responden pula bersetuju Inisiatif Payung Rahmah dapat mengurangkan kos sara hidup mereka.

“Sehubungan itu, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) terus komited untuk meneruskan dan memperluas Program Payung Rahmah pada 2024 sebagai satu daripada strategi menangani kos sara hidup rakyat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Baca artikel lain: KESUMA, UM kaji penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Cha Kee Chin (PH-Rasah) berhubung status terkini Konsep Rahmah dan sama ada akan terus diperluas ke bidang baharu.

Bermula 1 Mac lepas, Fuziah berkata Program Payung Rahmah telah dijenamakan semula kepada Program Payung Rahmah MADANI melibatkan tiga inisiatif baharu antaranya memperkenalkan Ihsan Rahmah oleh pihak swasta dan industri.

Inisiatif lain ialah merancang pelaksanaan Pasar Rahmah dengan memperluas inisiatif Bazar Ramadan Rahmah sepanjang bulan Ramadan tahun ini di 60 lokasi di seluruh negara dan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah serta Menu Siswa Rahmah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This