YBR dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bantu 63 sekolah di Sabah

Dari Penulis

SEBANYAK 63 buah sekolah melibatkan 54 sekolah kebangsaan (SK) dan sembilan sekolah menengah kebangsaan (SMK) telah menerima bantuan persekolahan dari Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Apa yang menarik bantuan kali ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diketuai menterinya, Datuk Ewon Benedick.

Ia menyasarkan murid-murid dalam kalangan asnaf dan keluarga B40 dengan objektif bagi membantu meningkatkan akademik mereka pada sesi persekolahan pada tahun 2024.

Benedick ketika hadir menyampaikan bantuan tersebut berterima kasih kepada YBR yang tidak pernah jemu menyalurkan bantuan kepada mereka memerlukan.

Bantuan ini diharapkan membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baharu.

“Saya amat berterima kasih kerana YBR berterusan membantu sekolah-sekolah di Sabah dan berharap lebih banyak organisasi lain akan turut sama berganding bahu dalam memberi bantuan-bantuan tanpa mengira bentuk atau nilai wang ringgit bagi memartabatkan pendidikan ke peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Pembantu tadbir MPK mengaku tidak bersalah terima kereta Honda sebagai rasuah

Hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Philip berharap, pemberian ini membantu pelajar dan sekolah khususnya di Sabah.

“Bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah ini diharapkan dapat memberi semangat dan motivasi kepada pihak sekolah untuk sentiasa meningkatkan momentum dalam membantu murid-murid serta ini sebagai salah satu strategi YBR dalam membantu komuniti setempat,” katanya.

Jelas Philip, usaha ini merupakan inisiatif membantu masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sosioekonomi rakyat terutamanya di Sabah.

Bagi tahun 2023, seramai 10,726 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.75 juta yang melibatkan 31 lokasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This