Pembantu rumah Zarina Zainudin cabut lari, siap rembat barang kemas lagi! – “Mereka tak hairan pasport, habis beribu siapkan permit”

Dari Penulis

PELAKON Zarina Zainuddin meluahkan rasa bengang mengenai pembantu rumahnya yang melarikan diri dan turut mencuri barang kemasnya.

Zarina atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd Zainuddin,54, berkongsi video di platform Instagram miliknya mengenai wanita warga Indonesia berusia 25 tahun itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan orang lain.

Dia juga berkata, ini adalah kali kedua dirinya ditipu dengan pembantu rumah dari agensi yang sama dan bermasalah.

“Dia curi diam-diam kita pun tak sedar. Sedar dah hilang, kita pun mengelabah cari barang-barang kita.

“Dah dua kali agensi ni tipu saya. Kali kedua, kerja tak sampai empat bulan dapat gaji cabut,” ujarnya.

Menurut Zarina, kebanyakkan pembantu rumah warganegara tersebut tidak kisah tentang dokumen penting seperti pasport.

Sebaliknya, kongsi Zarina lagi, pembantu rumah yang berstatus janda dan sudah mempunyai anak hanya mementingkan telefon bimbit semata-mata.

“Mereka ni tak hairan pasport yang penting telefon ada kat tangan. Kebanyakkannya janda dah ada anak tapi bila kerja dapat kenal lelaki diam-diam ambil nombor telefon.

“Kurang ajar betul, mula-mula merayu nak kerja lepas tu lari dan curi barang kemas kita diam-diam,” luahnya menerusi ruangan kapsyen.

Zarina turut menunjukkan pasport pembantu rumah yang memperlihatkan wajah wanita itu, serta permitnya yang sudah lengkap disiapkan.

Malangnya, wanita itu menunjukkan tingkah laku yang tidak sepatutnya.

Zarina juga berkata akan membuat laporan polis terhadap agensi tersebut kerana telah berhabis ribuan ringgit untuk menyiapkan permit bagi pembantu rumahnya itu.

“Saya nak buat report polis agensi ni memang nak kena… kita dalam proses siapkan permit dia duit dah habis dekat RM10,000 kemudian cabut lari,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This