PEMUDA UMNO tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli parti yang terlibat dalam kes salah laku susulan kes liwat didakwa melibatkan salah seorang pemimpin Pemuda UMNO Johor.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan telah membawa isu tersebut ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan akan dibawa untuk tindakan disiplin.
Bagaimanapun, beliau berkata, setiap ahli berhak membela diri sebelum dikenakan sebarang tindakan tatatertib.
“Perkara ini juga akan dibawa dalam mesyuarat pengurusan untuk menilai apa tindakan (seterusnya).
“Kita minta hukuman keras diambil dan mungkin gantung dahulu sementara menunggu pembelaan dan pendakwaan.
“Jika dibenar dan terbukti bersalah, maka tindakan keras dikenakan sebab tidak kita berkompromi isu jenayah,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal memberi jaminan nasib pemimpin tersebut akan diketahui sebelum Aidilfitri.
Kata beliau, penggantungan serta-merta tidak boleh dikenakan kerana melibatkan proses yang perlu dipatuhi.
Baca artikel lain: Polis sahkan terima laporan kejadian liwat babit remaja lelaki
Sekiranya didapati bersalah, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menegaskan Pemuda UMNO akan meminta untuk menggugurkan keahlian pemimpin tersebut.
“Biarkan siasatan (polis) berjalan dengan baik, tetapi sebagai parti politik, kita akan ambil tindakan sementara,” katanya.
Sebelum ini, Polis Mersing menerima lima laporan berhubung kes liwat membabitkan seorang lelaki yang dipercayai pemimpin Pemuda UMNO.
Laporan itu membabitkan enam mangsa termasuk tiga pelajar sekolah.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemimpin Pemuda UMNO ditahan bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

