Jauh dari kesibukan kota, berbuka dengan tenang di Hilton Garden Inn Puchong dengan sajian tradisi yang cukup menyelerakan.
Mengambil konsep ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’, menu buffet Ramadan di sini terdiri daripada Kambing Golek, Pecal Salmon Percik Mangga Muda, Nasi Buluh, Telur Itik Lemak Mewangi, Ayam Bakar Madu, Daging Masak Hitam dan Nasi Minyak Orang Khawin.

Terletak di Garden Grille, suasana berbuka di sini cukup nyaman dengan pemandangan kolam renang. Bermula dari 14 Mac hingga 7 April dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam, menu Ramadan di Hilton Garden Inn Puchong beroperasi setiap Khamis hingga Jumaat pada harga RM138 untuk dewasa. Untuk tempahan berkumpulan minimum 10 dewasa, diskaun istimewa diberikan pada harga RM108 untuk seorang dewasa.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 8084 1299, WhatsApp +6012 612 9947, emel [email protected] atau layari EatDrinkHilton.com

