Pelajar vokasional maut: KPM tidak kompromi, beri kerjasama penuh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan apa sahaja salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya susulan kejadian seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, semalam.

Pada masa sama, KPM dalam kenyataan turut memberi kerjasama penuh terhadap siasatan kes tersebut.

Kementerian itu menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa.

“KPM menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pelajar kolej vokasional di Sabah yang telah meninggal dunia semalam.

“KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Pelajar vokasional maut, 13 ditahan bantu siasatan

Mengulas lanjut, KPM memaklumkan telah memberi bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa.

Selain itu, KPM juga menawarkan sokongan psikososial keluarga mangsa, pelajar lain, guru dan seluruh warga kolej berkenaan.

Semalam, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan di bilik asrama sebuah kolej vokasional, di Lahad Datu semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata pihaknya percaya punca kejadian akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan.

Beliau berkata susulan itu, 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This