2 warga Malaysia maut dalam kemalangan jalan raya di Pattalung, Thailand

Dari Penulis

DUA lelaki warga Malaysia maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan treler di Pattalung, Selatan Thailand pada petang Sabtu.

Timbalan Polis Khao Chaison, Left. Kol. Pol. Kiatichai Kuamit berkata siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki empat warga Malaysia dan dipandu seorang warga Thailand itu rosak teruk, dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah treler.

Kedua-dua mangsa maut masing-masing berumur 63 tahun dan 58 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang berusia 23 tahun dan 73 tahun cedera parah.

Pemandu kereta berusia 41 tahun itu turut cedera parah.

“Setakat ini, identiti warga Malaysia yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti dan polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sikap Bersatu punca Pas putuskan hubungan kerjasama

SIKAP Bersatu menentang kemasukan parti-parti lain ke dalam Perikatan Nasional (PN) jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini,...

More Articles Like This