ORANG awam diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak benar berkenaan insiden ragut yang berlaku di Bandar Sri Menjalara, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya telah mengesan sebaran klip video berkenaan kejadian ragut rantai leher melibatkan seorang wanita warga tempatan berumur 23 tahun.
Katanya, polis juga menerima satu laporan dan siasatan mendapati pengadu bersama teman lelakinya sedang berjalan di tepi kaki lima ketika kejadian berlaku sebelum diragut oleh seorang penunggang motosikal.
“Suspek dengan pantas telah menarik rantai leher milik pengadu, menyebabkan teman lelaki pengadu bertindak mengejar peragut tersebut.
“Teman lelaki pengadu berjaya membonceng di belakang motosikal suspek, namun suspek bertindak memecut motosikalnya sehingga teman lelaki pengadu terjatuh dan terhentak di bahagian kepala serta patah kaki kanan.
Baca artikel lain: Buat aduan MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandung tanpa kebenaran – Teo
“Mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Sukarno berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu yang melanggar undang-undang.
“Justeru itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul 03-40482222,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

