Pemilik kilang maut dihempap pintu pagar besi di Tanah Merah

Dari Penulis

Seorang lelaki warga emas maut dihempap pintu pagar besi di kilang miliknya di kawasan perindustrian Tanah Merah, Kota Bharu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian pada 3.30 petang itu mangsa telah dihempap pagar berkenaan ketika sedang memeriksa dan menolak pintu pagar untuk menutupnya.

“Secara tiba-tiba roda pagar telah terkeluar daripada landasan menyebabkan pintu pagar terbalik dan menghempap keseluruhan badan mangsa.

“Mangsa warga tempatan yang berumur 70 tahun, telah tersepit akibat ditimpa pagar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau sabotaj dan mayat manga dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat.

Menurutnya hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki berkenaan adalah kerana Crushing Head Injury.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu berhemah bakal nikmati premium insurans lebih rendah menerusi Cermat MADANI

PEMANDU yang mempunyai rekod pemanduan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya berpeluang menikmati premium insurans kenderaan lebih rendah sehingga...

More Articles Like This