Agong berkenan berangkat lawat Kementerian Pertahanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Selain itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abd Rahman Ayob; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seri Paduka sebagai Pemerintah Tertinggi ATM turut berkenan menandatangani buku lawatan dan bergambar kenangan.

Baca artikel lain: Agong hargai pengorbanan warga PDRM, zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-217

Isham kemudiannya mempersembahkan taklimat mengenai Struktur Organisasi dan Profil Kementerian, Kertas Putih Pertahanan (KPP), Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025, Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN), Kekuatan Aset Strategik, Perolehan Aset Utama, Pelupusan Aset Usang dan Projek Pembangunan Utama.

Pada sesi taklimat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai isu-isu pertahanan negara.

“Hasrat saya adalah sebarang perbelanjaan dan perancangan untuk pertahanan negara mestilah dilakukan secara berhemah tanpa membelakangkan soal keselamatan,” titah Seri Paduka.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Ibrahim turut berkenan bertemu dan bergambar bersama warga ATM dan Kementerian Pertahanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This