KETUA Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah antara lima wartawan yang dianugerahkan Tokoh Media Pendokong Perjuangan Antirasuah Negara daripada Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), hari ini.
Selain Zulkefli, empat yang lain adalah Ketua Penyiaran BERNAMA, Mohd Shukri Ishak; Penasihat Bebasnews, Datuk Zaini Hassan; Pengarang Rencana Berita Harian, Anwar Patho Rahman dan Pengacara BERNAMA TV, Datuk Sherkawi Jirim.
Anugerah tersebut disampaikan Presiden MCW, Jais Abdul Karim pada Majlis Penyampaian Bakti MCW di Putrajaya, hari ini.
Baca artikel lain: Serah pada Agong soal lantikan tiga jawatan utama negara – MCW

Tokoh Media Pendokong Perjuangan Antirasuah Negara disampaikan bagi menghargai komitmen media dalam membantu MCW menerusi penyampaian maklumat, program dan usaha menangani rasuah di negara ini.
MCW merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang agresif sebagai pemerhati yang aktif, mempunyai peranan penting bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan dalam usaha menurunkan kadar jenayah rasuah dalam negara.
MCW turut melancarkan buku Suara Perjuangan Banteras Rasuah Negara (Koleksi Keratan Akhbar Pemerhati Rasuah Malaysia – MCW 2023) dalam majlis berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

