TEKA-TEKI masa depan bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan akhirnya terungkai selepas diumumkan secara rasmi menyertai seteru Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
Berita baik buat peminat City Boys itu diumumkan menerusi video pengenalan di media sosial, hari ini.
Ia sekali gus menamatkan spekulasi tonggak tengah Harimau Malaya itu haluan seterusnya untuk menabur bakti musim ini.
Sebelum ini, terdapat spekulasi Brendan bakal menyertai Sri Pahang FC atau berkelana ke luar negara.
Selain Brendan, KL City FC juga telah membawa masuk beberapa nama baharu, termasuk bekas pemain Sri Pahang FC, Nick Swirad dan bekas penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim.
Brendan sah meninggalkan Selangor FC pada 1 Februari lalu selepas empat musim bersama The Red Giants.
Sepanjang berkhidmat dengan Selangor FC, Brendan telah membuat 80 penampilan dan menjaringkan 14 gol dan 12 bantuan jaringan.
Baca artikel lain: Harimau Malaya perlu berhati-hati berhadapan Oman, mereka ada jurulatih baharu – Brendan
Pemain berusia 35 tahun itu juga pernah menyarung jersi Perak, Kelantan dan Sabah dalam saingan Liga Malaysia.
Dilahirkan di Australia, Brendan juga pernah bersama pasukan Sydney FC dan Central Coast Mariners di liga profesional negara tersebut.
Semalam, beliau meluahkan rasa kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang disifatkan tidak memberi ruang perbincangan bagi membolehkannya terus kekal di kelab itu.
Brendan turut meluahkan masih ‘menyayangi’ skuad Gergasi Merah walaupun tidak menyambung kontrak pada musim depan.
Bagaimanapun, Brendan tetap menganggap satu penghormatan untuk memimpin pasukan itu di dalam dan di luar padang dan melakukannya dengan setiap titik darah, peluh dan air mata.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

