UDA Holdings Berhad (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti meraikan pelajar asnaf sempena Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @ Kuantan, baru-baru ini.
Seramai 80 pelajar asnaf, terdiri daripada 40 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sg. Soi, Kuantan dan 40 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Soi, Kuantan menerima sumbangan zakat wakalah berjumlah RM23,400 yang disalurkan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares.
Setiap pelajar menerima sumbangan duit raya bernilai RM250 sebagai persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Para pelajar tersebut turut diraikan dan dibawa berbuka puasa seterusnya menerima sumbangan dalam majlis yang berlangsung di Timorra Venue, Tanjung Lumpur, Kuantan.
Pada majlis yang sama, UDA turut mengundang para pelanggan korporat dan pihak berkuasa tempatan bagi merapatkan hubungan dan mengukuhkan rangkaian.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany berkata, “Agihan sumbangan zakat wakalah UDA menerusi CSR UDA Cares ini dilaksanakan saban tahun khususnya di wilayah perniagaan UDA.
“Inisiatif ini adalah tanda keprihatinan serta komitmen UDA terhadap kelestarian dengan mengimbangi antara aspek perniagaan dan tanggungjawab sosial seterusnya mendekati dan menyumbang semula kepada komuniti setempat.
“Semoga bantuan ini dapat membantu mereka membuat persiapan menjelang lebaran serta menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini.
“Usaha ini bertepatan dengan prinsip penjenamaan baharu UDA iaitu ‘L.I.F.E.’, akronim bagi Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa) yang menterjemahkan komitmen UDA untuk memberi nilai tambah kepada kehidupan komuniti setempat melalui aktiviti sosial dan ekonomi. Inisiatif yang menekankan kepada aspek kelestarian ini juga seiring langkah meneruskan Legasi UDA,” katanya.
Pada akhir Mac lalu, UDA telah menyalurkan sumbangan zakat wakalah sekitar RM45,000 yang memanfaatkan seramai 141 anak-anak asnaf di Johor dan Melaka. Secara keseluruhannya, UDA telah menyumbang RM65,700 agihan zakat wakalah kepada 221 anak dan pelajar asnaf di 3 wilayah perniagaan UDA termasuk di Kuantan.
Majlis Sinar Ramadan UDA 2024 @ Kuantan disempurnakan oleh Encik Noor Azmi Salleh, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan UDA diiringi Encik Che Omar Shahuddin Mohamad, Ketua Pegawai Operasi UDA Land (East) Sdn Bhd (ULESB). Turut hadir, pengurusan dan kakitangan UDA serta pihak berkuasa tempatan dan pelanggan korporat tempatan.
ULESB merupakan salah sebuah anak syarikat UDA yang memfokuskan pada pembangunan hartanah di wilayah timur seperti di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Selari dengan peranan menggalakkan pemilikan hartanah di kawasan bandar dan memacu pelaksanaan pembangunan mampan, UDA menawarkan pelbagai rangkaian produk hartanah antaranya Pelindung Heights di Kuantan dengan keluasan tanah keseluruhan 55 ekar.
Kini, UDA sedang membangunkan Pelindung Heights Fasa 1B Pakej 3 iaitu 16 unit rumah berkembar 2 tingkat berkeluasan 2,341 kaki persegi yang dikelilingi pelbagai kemudahan seperti sekolah, hospital, pasar raya, pusat rekreasi, lebuh raya dan lokasi tarikan pelancong Pantai Teluk Cempedak.
Pelindung Height Fasa 1B Pakej 4 bakal menyusul dan menyediakan 12 unit rumah berkembar 2 tingkat dengan keluasan 2,407 kaki persegi. Bagi Fasa 2 hingga 7, UDA menjangkakan pembinaan pelbagai komponen seperti lot banglo, kedai pejabat, apartmen dan hotel.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

