Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas kereta kabel di Turki

Dari Penulis

TIADA rakyat Malaysia dilapor terbabit dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

Wisma Putra berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul memantau rapi nahas kereta kabel itu yang mengakibatkan seorang terkorban, 10 orang cedera dan lebih 100 orang terperangkap di sepanjang talian kereta kabel itu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Ankara giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya malam tadi.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara di alamat Koza Sokak No. 56, Gaziosmanpasa Cankaya, Ankara, atau di talian 00 (90-312) 44635 47 / 48 00 (90 – 5078128406) (telefon bimbit) atau e-mel: [email protected].

Mereka juga boleh menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Istanbul di alamat Esentepe Mah. Ali Kaya Sok. No: 1/1B, Polat Plaza, B Blok, Kat 8, Levent/Sisli, Istanbul atau melalui talian 00 (90-212) 989 10 01 atau e-mel: [email protected]. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This