Terdapat beberapa strategi menghadapi masalah-masalah yang boleh mengancam  keharmonian rumah tangga anda seperti berikut:

1. Percaya pada gerak hati dan yakini kata hati anda. Jodoh anda ditetapkan oleh Yang Esa.

2. Pedulikan kebimbangan orang lain. Amalkan sikap saling hormat-menghormati antara anda berdua. Sekiranya perbezaan anda berdua mencetuskan perbalahan, berbincanglah bersama akan penyelesaiannya.

3. Cetuskanlah suasana ceria agar dapat meredakan keadaan.

4. Terima hakikat akan perbezaan dan juga persamaan anda berdua.

5 Jangan abai perbezaan anda berdua dengan anggapan ia akan lenyap. Ia tidak akan hilang selagi anda tidak berbincang mengenainya.

6. Teruskan usaha untuk mengeratkan hubungan dengan kedua-dua belah keluarga.

7. Jangan pertahankan ibu bapa anda yang mencampuri urusan rumah tangga anda. Ambil pendirian bersama dan tetapkan had campur tangan mereka.

8. Bantu anak-anak anda memahami dan berbangga dengan identiti unik sebagai anak kahwin campur.

9. Elak orang yang menentang perkahwinan anda. Anda tidak memerlukan orang berprasangka buruk atau bersikap negatif dalam hidup anda.

10. Satu lagi keistimewaan kahwin campur kalangan orang Melayu ialah percantuman darah yang berbeza mampu melahirkan anak-anak yang dikatakan memiliki kepintaran, kecerdikan dan kecantikan berbanding anak-anak dari perkahwinan biasa.