MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau menerima dengan hati terbuka mengenai laporan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 yang jatuh sebanyak 34 anak tangga ke kedudukan ke-107 berbanding 73, tahun lalu.
Beliau berkata, susulan laporan tersebut, kementeriannya akan merangka usaha-usaha yang lebih mapan pada masa hadapan bagi memperbaiki kedudukam tersebut.
“Saya terima laporan NGO Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) ini dengan hati terbuka.
Banyak yang perlu dimuhasabah, dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta sebaran maklumat palsu.,” katanya di laman X sebagai mengulas laporan Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Paris.
Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara ASEAN apabila dipintas oleh Thailand yang kini berada di kedudukan ke-87.
Menurut indeks itu, penurunan rating tahap kebebasan media di Malaysia berpunca daripada tindakan kerajaan masa kini yang sering menyekat laman berita yang mengkritik kerajaan.
Sekatan itu, antaranya pernah berlaku terhadap portal berita UtusanTV yang digerakkan oleh bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia), portal MalaysiaNow dan juga TV Pertivi.
Malaysia kini berada di bersama kelompok negara seperti Maldives (106) dan Burundi (108).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

