Bomba selamatkan lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai

Dari Penulis

LIMA  remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas  selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di Nilai dalam kejadian kepala air, petang tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 5.09 petang sebelum sembilan anggota BBP Nilai dan tiga anggota bomba sukarela terbabit dalam operasi menyelamat mangsa.

Katanya mangsa terdiri daripada tiga remaja berusia 14, dua lagi mangsa berusia 16 dan 17 tahun dan seorang kanak-kanak 10 tahun terperangkap di atas batu sungai akibat kepala air susulan hujan lebat.

“Menurut mangsa, mereka sedang mencari telefon yang jatuh…pihak kami menggunakan teknik penyelamatan ‘high line’ bagi membawa keluar mangsa ke tempat selamat menggunakan jaket keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa diselamatkan pada jam 6.40 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This