SEBANYAK 65 motosikal disita dalam Op Bersepadu: Samseng Jalanan Digempur di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate, Bayan Lepas dekat George Town semalam dalam usaha menggempur mat rempit dan samseng jalanan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, operasi itu melibatkan 32 pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Barat Daya.
Jelas beliau, operasi itu juga dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan serta 10 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.
“Dalam operasi itu, pihak kami telah memeriksa ratusan motosikal sebelum mengambil tindakan menyita 65 motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Sebanyak 342 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya dan pihak JPJ Pulau Pinang turut mengeluarkan 40 notis pemeriksaan kenderaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Selain membendung samseng jalanan, beliau berkata operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan kenderaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

