SEIRING dengan tahap permintaan tenaga yang meningkat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjangkakan akan berlaku peningkatan dalam perbelanjaan modal bermula tahun hadapan.
Perkara itu menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan akan ditentukan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Jelas beliau, keputusan pengunaannya dibuat setiap tiga tahu menerusi Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).
“Ketika ini adalah IBR yang ketiga bermula pada tahun 2022, sekali gus menjadikan tahun ini adalah yang terakhir.
“Pelaburan modal TNB untuk IBR ketiga ini adalah sebanyak RM21 bilion atau RM7 bilion setahun.
“Sepanjang dua tahun lalu, kami memang menggunakan 100 peratus perbelanjaan modal dan pada tahun ketiga ini pun kami akan gunakan sepenuhnya baki RM7 bilion lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik Malaysia, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Datuk Abdul Razib Dawood.
Mengulas lanjut, Megat Jalaluddin berkata, unjuran perbelanjaan modal kebiasannya akan tertumpu kepada dua perkara utama iaitu pembekalan elektrik kepada pengguna baharu dan penambahbaikan untuk memastikan aset lama diganti kepada yang baharu.
Beliau berkata, perbincangan mengenai IBR keempat telah dimulakan dan dijangka diputuskan sehingga akhir tahun ini.
Dalam pada itu, Megat Jalaluddin berkata, TNB terus komited untuk menambah baik amalan pengurusan aset yang diamanahkan kepada entiti itu.
Hal itu menurut beliau dapat dilihat menerusi langkah-langkah yang lebih jiut dalam pengurusan tenaga elektrik dengan mengambil kira nasihat dan persetujuan ST sebagai pengawal selia.
“Melalui khidmat nasihat SPRM dengan persetujuan pihak ST selaku pengawal selia, TNB dengan ini dapat mengambil langkah-langkah yang lebih jitu dalam pengurusan aset tenaga elektrik.
“Antara langkahnya ialah meningkatkan pengawasan CCTV (rakaman kamera litar tertutup) secara bersasar di kawasan dikenal pasti terutama di Pencawang Masuk Utama (PMU), pemasangan ‘barrel lock’ pada kotak meter pengguna yang berisiko tinggi dan pemasangan sistem biometrik pada peti pembekal voltan rendah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

