SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas buah durian yang dibeli di hadapan sebuah bank dekat Pokok Sena, Kedah, buruk dan masam.

Menerusi hantaran Qaseh Hanani di laman Facebook, beliau amat terkilan akan sikap peniaga tersebut yang tidak menitikberatkan aspek kualiti buah durian yang dijual.

“Beli dua biji RM60, balik rumah lepas buka durian buah buruk dan masam.

“Keesokan, pergi balik dekat peniaga durian tu dan kata buah tak dapat makan sebab buruk dan masam.

“Tak sangka jawapan peniaga ‘minta maaf yang sekilo RM20 tiada insurans’,” tulisnya.

Katanya, beliau sudah lama mengidam untuk makan buah durian tersebut namun reda sekiranya tiada rezeki.

“Jujurlah wahai peniaga, adakah halal rezeki anda menjual buah yang busuk, masam dan tak boleh ganti.

“Peringatan untuk mana-mana pembeli supaya beringat, bukan niat nak tutup periuk nasi peniaga tapi ingatlah setiap rezeki yang masuk dalam tubuh kita akan dipersoal kelak,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Saqifah Abd Rahman dipercayai wakil daripada pihak peniaga telah membuat permohonan maaf atas isu terbabit.

“Saya percaya adanya salah paham di antara pekerja kami.

“Sebetulnya pihak kami memang membolehkan dan mengalukan pelanggan untuk datang tukar buah ke kedai kami sekiranya keadaan buah durian itu rosak, tidak boleh dimakan atau sebagainya.

“Oleh itu, kami berharap Cik Qaseh dapat datang ke kedai kami sekali dan pihak kami akan gantikan dengan buah yang baru atau pemulangan duit,” tulisnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram