Faisal Halim ‘kembali’ ke Stadium MBPJ, saksikan Selangor FC lawan Negeri Sembilan FC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS muncul buat pertama kali di khalayak umum selepas insiden serangan asid, Khamis lalu, tonggak Selangor FC, Faisal Halim ‘kembali’ ke gelanggang pasukan yang terkenal dengan jolokan Gergasi Merah itu iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

Kehadiran Faisal itu bagi menyaksikan perlawanan Piala FA antara Selangor FC menentang Negeri Sembilan FC.

Kemunculan istimewa pemain sayap berusia 26 tahun itu turut diberi tepukan gemuruh penyokong setia Selangor FC.

Faisal yang mesra disapa Mickey turut ditemani ahli keluarganya termasuk isteri, anak dan bapanya.

Penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 itu dilihat melambaikan tangan kepada penyokong.

Baca artikel lain: Rawatan ikut keselesaan Faisal Halim – Ketua Perubatan Sukan SFC

Khamis lalu, pemain kelahiran Mengkuang Titi, Bukit Mertajam itu tampil buat kali pertama di khalayak umum selepas menjadi mangsa serangan asid pada 5 Mei lalu.

Faisal turut mengakui amat merindui bola sepak sama ada untuk berlatih atau bermain kerana bukan mudah untuk beliau terlantar di rumah sekadar menonton pasukan Selangor dan Malaysia bermain.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Seterusnya pada 25 Mei, Selangor FC menerusi kenyataan mengesahkan pemain sayapnya itu dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta selepas menjalani empat pembedahan susulan insiden berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This