masalah kuku rambut dan bulu

Semasa ihram adalah dilarang sama sekali menanggalkan, mencabut atau mengetip rambut dan kuku dengan sengaja. Sekiranya dia tetap melakukan larangan demikian maka perbuatan itu telah dikira berdosa serta perlu menyempurnakan dam (Takhyir dan Taqdir).

Jika dia tidak sengaja dan memohon keampunan dari Allah secara langsung maka perbuatan itu tidak berdosa tetapi dikenakan dam (Takhyir dan Taqdir).

Sekiranya dia bersyampu atau berkait dengannya (seperti berwuduk) lantas rambutnya gugur sedangkan dia tidak menghendaki akan perkara tersebut terjadi (rambut gugur), atau mungkin rambutnya dari jenis gen yang cepat gugur, maka dia tidak berdosa tetapi dikenakan dam.

Tetapi, jika kuku atau rambut, bulu tubuh itu jatuh atau tercabut dengan sendiri sedangkan dia tidak menghendakinya untuk terjatuh maka perbuatan itu tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam.

Wanita yang memakai serkup dan tudung sepanjang waktu ihram dan dia mendapati terdapatnya rambut di dalam serkupnya (apabila dibuka) maka dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam kerana perkara itu terjadi bukan atas kehendaknya.

Sekiranya dia  adalah orang yang dalam keadaan mudah untuk rambutnya gugur akibat penyakit ataupun gen keturunannya, maka adalah diperlukan untuk orang itu memendekkan rambutnya sebelum dia berniat ihram.

Sekiranya dia ada dikesan berpenyakit oleh pakar perubatan atau amat berkeperluan untuk bercukur sewaktu dia berihram dan diminta serta dikehendakinya untuk mencukur rambut atau membotakkan rambut pada waktu itu juga dan tidak boleh dilewatkan sesudah dia bertahlul, maka dia perlu melakukan perkara tersebut seperti yang diarahkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan dirinya.

Maka dia dan penyuruh pelaksanaan itu tidak berdosa tetapi jemaah yang berihram itu diperlukan untuknya membayar dam (Takhyir dan Taqdir).

Jika jemaah yang sedang dalam ihram itu mendapati terdapatnya kulit mati kerak kulit dan sebagainya di atas bulu/rambutnya dan dia menghilangkannya, maka dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam kerana bulu tersebut mengikut kulit.

Jemaah yang dalam Ihram juga boleh untuk mencabut kukunya jika dia mendapati kukunya itu menyebabkan kemudaratan padanya seperti kuku terbelah atau cengkam dan ia tidak dikenakan dam.

Harus baginya untuk mencabut kulit bibir, tangan, kaki yang mengelupas ketika dia berihram. Dan dia tidak dikenakan dam. Jika dipotong anak jari yang masih ada kukunya, maka dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam kerana kuku tersebut mengikut jarinya.

Jemaah yang sedang berihram juga adalah diminta untuk menjauhi perbuatan (seperti bersyampu, menggaru kepala, bersikat dan sebagainya) yang boleh menyebabkan rambut, bulu atau kukunya tertanggal ketika dia masih belum lagi boleh bertahlul, hal ini adalah untuk kebaikan dan kemudahan mereka jua. Wallahu a’lam

______________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram