Zii Jia rangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024

Dari Penulis

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepasĀ  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun Kodai Naraoka di pentas final hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Quaycentre di Sydney Olumpic Park itu, bekas juara All England itu bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah seteru di ranking keenam dunia sebelum mengatasi cabaran Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21,21-18.

Dalam pertarungan selama 78 minit itu, Zii Jia, selaku pemain nombor lapan dunia, merekodkan kemenangan ketiga ke atas Naraoka dalam enam pertemuan dengan bekas juara Asia itu dan pertemuan terakhir di kejuaraan All England Mac lalu.

Zii Jia sebelum ini pernah tewas kepada Naraoka pada Terbuka Malaysia 2023, Terbuka China 2023 dan Terbuka India 2024.

Ia juga gelaran kedua Zii Jia tahun ini selepas Terbuka Thailand pada Mei lepas.

Selaku juara, Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$31,500 (RM148,069) manakala Naraoka memperoleh AS$15,960 (RM75,022) selaku naib juara pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

Sementara itu, gandingan baharu Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien meraih gelaran sulung negara dalam acara beregu wanita di kejohanan itu tidak kesampaian apabila tewas di tangan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi, 21-17, 7-21, 13-21.

Pei Jing-Chiew Sien begitupun boleh berbangga dengan pencapaian selaku naib juara dengan membawa pulang AS$15,960 (RM75,022) manakala selaku juara, Febriana-Amallia membawa pulang hadiah wang kemenangan AS$33,180 (RM155,966).

Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This