Peria merupakan tumbuhan herba berbentuk mengerutu, berwarna hijau muda dari famili Cucurbitaceae. Nama saintifiknya Momordica Charantia ditanam secara komersial di Asia Tenggara, Asia Selatan dan China.

Meskipun pahit rasa peria, ia mempunyai banyak khasiat. Peria selain dimasak, ia juga boleh dijadikan jus, biarpun rasanya pahit, namun khasiatnya amat tinggi terutama bagi penghidap kencing manis.

Ia kaya dengan vitamin C dan vitamin yang bersifat antioksidan baik untuk sistem imun badan, berguna untuk tisu badan, kulit, gusi dan pembuluh darah. Selain vitamin C dan A, ia juga kaya dengan vitamin B.

Peria yang kaya dengan serat, magnesium, asid folik dan zat besi mempunyai kandungan beta keratin dua kali berbanding brokoli, dua kali kandungan kalsium berbanding bayam, dan dua kali potassium berbanding pisang.

Di sebalik kepahitan peria, ia terkandung keratin yang sama fungsi seperti insulin yang bertindak mengawal paras gula dalam darah dan ia baik untuk penghidap kencing manis.

Bagi mereka yang suka makan atau minum jus peria, ia akan memberi tenaga dan akan mengalami tidur yang lebih lena dan stabil. Malah jus peria adalah salah satu jus yang baik untuk memulih dan membersihkan hati.