Ketua Chef The Pearl KL, Chef Roskaimi Rosli memperlihatkan seleksi hidangan King Of Grill.

Cukup eksklusif dan serba mewah, sajian bertemakan ‘King of Grill BBQ Buffet Dinner’ di The Pearl Kuala Lumpur ini pasti melengkapkan hujung minggu bersama keluarga.

Aneka hidangan di ruangan King of Grill dengan pelbagai pilihan seafood yang diperap menggunakan ramuan istimewa dan digrill dengan sempurna pastinya akan menambat selera.

Terdapat lebih daripada 80 jenis menu istimewa untuk dipilih antaranya Mongolian Lamb Shoulder, Paprika with herb Mini Beef Steak, Ginger Chilli Butter Fish wrapped in banana leaf, Korean-style boneless chicken, Kam Heong Squid, Smoked BBQ Tiger Prawns, Cajun Green Mussels, Chicken Beef sausages.

Selain daripada itu, The Pearl turut menyajikan sajian Jepun dengan sesi Live cooking Chicken & Beef Teppayanki, Salmon Sashimi, Miso Sup, Chawanmushi, Japanese Gyoza. Turut disediakan ialah aneka pembuka selera, aneka salad, oyster segar, Pizza, menu utama, pencuci mulut dan pelbagai menu menarik yang lain!

Antara menu lain yang wajib dicuba termasuk Japanese culinary spread, Satay celup counter,  Noodle station, Oriental corner, Fresh oyster, poached prawns, Green Mussel, White Clam, Crab, Portugese-style grilled whole fish dan Chicken satay pizza, classic Hawaiian pizza, Vegetarian pizza.

Promosi ini hanya terhad pada hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 6.00 petang sehingga 10.00 malam. Istimewanya BBQ Buffet ini menawarkan harga yang cukup berpatutan iaitu hanya RM118 (dewasa) dan RM68 (kanak-kanak).