PERIKATAN Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas calonnya Abidin Ismail menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan dengan majoriti 4,267 undi.
Keputusan rasmi itu berdasarkan carta kemas kini yang disediakan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) PKR.
Calon PN itu memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya dari Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang meraih 10,222 undi.
Keputusan rasmi PRK DUN Sungai Bakap diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi, sebentar tadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram