Pelakon Beverly Hills, 90210, Shannen Doherty meninggal dunia akibat kanser

Dari Penulis

PELAKON Shannen Doherty yang popular menerusi watak Brenda Walsh dalam drama Beverly Hills, 90210, meninggal dunia akibat kanser payudara pada usia 53 tahun.

Memetik portal People, jurucakap mendiang Doherty iaitu Leslie Sloane mengesahkan kematian aktres itu.

“Dengan hati yang berat, saya mengesahkan pemergian pelakon Shannen Doherty. Pada hari Sabtu, 13 Julai, dia tewas dalam perjuangan melawan kanser selepas bertahun-tahun berdepan penyakit itu,” katanya.

Sebelum ini, Doherty secara terbuka berkongsi mengenai perjuangan melawan kanser payudara yang didedahkan pada 2015.

Tahun lalu, mendiang Doherty menjalani pembedahan membuang tumor otak dan mendedahkan bahawa kanser sudah merebak ke tulang.

Mendiang dilahirkan di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat (AS), pada 12 April 1971 dan sudah berlakon sejak kecil.

Doherty berkahwin tiga kali dengan yang terbaharu, bersama jurugambar, Kurt Iswarienko. Namun, Doherty memfailkan perceraian terhadap lelaki itu, tahun lalu


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This