Memahami keperluan setiap individu untuk meningkatkan kualiti hidup menerusi gaya hidup yang sihat, eCare menerusi produk Apple Plus 101 Rainbow Immune Booster berhasrat menjadi sebahagian daripada penyelesaian kesihatan menyeluruh.
Diformulasi dengan 101 ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran, menurut Pengurus Pemasaran eCare, Cedric Loo, pembangunan produk ini telah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan sementelah majoriti individu mula mencari alteratif lain untuk mengelakkan jangkitan wabak.
“Tujuan utama kami ialah untuk membantu memperbaiki sistem imunisasi, namun dalam masa yang sama produk ini juga bertujuan untuk kecantikan kulit serta membantu sistem penghadaman,” katanya.
Dalam pada itu, jelas Cedric, Apple Plus 101 Rainbow Immune Booster juga telah mendapat pensijilan Halal secara rasmi.
“Kami berbangga kerana ia merupakan produk keluaran Malaysia dan kini sudahpun mendapat pensijilan Halal secara rasmi. Sebagai sebuah syarikat yang berdedikasi untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, kami memahami kepentingan pensijilan Halal di Malaysia.
“Dengan memperoleh pensijilan ini, kami memastikan bahawa produk kami memenuhi standard kualiti tertinggi dan boleh diakses oleh semua orang, tanpa mengira sekatan diet. Langkah ini mengukuhkan komitmen kami terhadap keterangkuman dan misi kami untuk meningkatkan kesihatan dan kekayaan pelanggan kami,” katanya ketika ditemui.
Dalam majlis yang sama, eCare turut mengumumkan dua ahli gusti profesional terkenal Malaysia, Shauqat dan Phoenix Diana sebagai duta jenama. Penglibatan kedua-duanya mengukuhkan komitmen syarikat ini untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menginspirasi komuniti untuk mencapai kecemerlangan.