YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini. GAMBAR: Facebook Rasmi Sultan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini.

Dalam hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka turut berkenan memandu sendiri Sultan Hassanal Bolkiah ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

“KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan antara tetamu jemputan Diraja dari luar negara bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, yang berlangsung semalam (20 Julai),” menurut hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Yang di-Pertuan Agong tonggak kekuatan negara, pengikat perpaduan – PM Anwar

Turut hadir Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong, Fahmi Fadzil.

Semalam, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Selain itu, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara antara lain membincangkan tentang kemajuan kerjasama Malaysia dan Brunei.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram