KBS galakkan sukan dalam kalangan warga emas

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan sukan dalam kalangan warga emas.

Menurut KBS, perkara itu bagi memastikan kesihatan fizikal, rohani dan mental golongan tersebut terpelihara.

Perkara itu antara tumpuan dalam Sesi Perbincangan Meja Bulat Pembudayaan Sukan dalam Kalangan Warga Emas Siri II Tahun 2024 hari ini.

KBS dalam kenyataan memaklumkan, sesi perbincangan meja bulat itu merupakan susulan kepada siri I yang telah diadakan pada 8 Februari 2024.

Jelas KBS, ia bertujuan untuk melaporkan maklum balas dan gerak kerja program yang telah dilaksanakan bagi separuh tahun pertama 2024.

“Inisiatif ini dimulakan memandangkan populasi penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas telah mencecah 11.1 peratus pada 2023 dan dijangka meningkat kepada 15 peratus menjelang 2030. 

“Dengan peningkatan bilangan warga emas ini, Malaysia bakal dikategorikan sebagai sebuah negara menua menurut definisi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030. 

“Selain itu, sesi perbincangan pada kali ini juga akan membincangkan inisiatif/ program/ aktiviti secara lebih berfokus kepada pengukuhan peranan agensi kerajaan untuk menjayakan inisiatif pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas,” jelas KBS.

Mengulas lanjut, KBS memaklumkan, sebanyak 15 agensi kerajaan, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dua pakar rujuk telah dijemput bagi bersama berkongsi pendapat, idea, maklumat dan buah fikiran seiring dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya warga emas. 

KBS berkata, penganjuran sesi itu akan menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This