Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli

MOHD Shukri Ramli berkata beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Menteri Besar Perlis itu berkata beliau enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.

Baca artikel lain: Saya akan terus beri kerjasama dengan SPRM – Mohd Shukri

“Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja. Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar dan melaksanakan tugas seperti biasa,” katanya ringkas kepada Bernama malam tadi.

Mohd Shukri mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa beliau ‘diarahkan’ untuk letak jawatan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram