KESEMUA 19 pengunjung dan dua kakitangan pusat rekreasi Risda Eco Park Kg Ulu Slim yang terperangkap akibat kejadian kepala air berhampiran Sungai Geliting semalam berjaya diselamatkan tengah hari tadi.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak yang bertindak sebagai Ketua Operasi, Khairil Adli Zakaria berkata kesemua mangsa terdiri daripada 14 dewasa dan tujuh kanak-kanak itu diselamatkan menggunakan kaedah menyeberang sungai mengunakan tali dan bot.
“Kita berdepan dengan arus deras Sungai Geliting dan ada mangsa kanak-kanak, jadi kita gunakan bot sebagai langkah keselamatan dan kita mengambil masa kira-kira empat jam bagi menyelamatkan semua mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi di lokasi di Tanjung Malim hari ini.
Khairil Adli berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan mangsa berusia antara dua hingga 50 tahun itu dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk tindakan selanjutnya.
Baca artikel lain: Kepala air: Jambatan Bailey ganti sementara jambatan lama Sungai Slim
Kepala air: 19 terperangkap di Risda Eco Park Ulu Slim selamat
Katanya, operasi disertai 30 orang melibatkan 12 anggota bomba, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 13 sukarelawan.
Terdahulu dalam kejadian 7 petang semalam, jambatan Sungai Geliting yang menghubungkan pusat rekreasi itu dengan jalan utama runtuh akibat kejadian kepala air yang turut menyebabkan Muka Sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting berhampiran pecah.
Hal itu menyebabkan 21 orang terdiri daripada 19 pengunjung dan dua pekerja pusat rekreasi berkenaan terperangkap.
Hujan berterusan sejak petang semalam hingga tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Muallim dinaiki air berserta kejadian kepala air.
Ia turut menyebabkan tiga jambatan runtuh dan ratusan penduduk terperangkap sebelum diselamatkan dan ditempatkan di dua PPS.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram