Tahukah anda putih telur mempunyai banyak khasiat untuk Kesihatan dan kecantikan? Putih telur mengandungi protein, selenium dan riboflavin, yang akan membentuk buih-buih kecil apabila dipukul. Ia memerangkap udara dan seterusnya mengembang.

Putih telur juga adalah sumber protein yang sangat baik, ia rendah kalori dan lemak. Putih telur membeku pada suhu 62˚ C sehingga 65˚ C.
Putih telur membawa banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan antaranya :

  1. MENU DIET SIHAT
    Pengambilan putih telur sebagai sebahagian daripada diet harian dapat membantu meningkatkan jisim otot. Protein yang terdapat dalam putih telur, dapat memperbaiki tisu badan, otot, kulit dan rambut.
  2. RENDAH KALORI DAN LEMAK
    Untuk mengekalkan berat badan yang ideal, putih telur adalah pilihan yang tepat. Ia rendah kalori dan bebas lemak, menjadikannya makanan yang sesuai untuk dimasukkan dalam diet rendah kalori.
  3. KAYA DENGAN NUTRIEN
    Putih telur mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin B2 (riboflavin), vitamin B12, selenium dan potassium. Nutrien-nutrien ini penting untuk fungsi tubuh yang optimal, termasuk menyokong sistem imun, kesihatan jantung dan fungsi otak.
  4. MENCANTIKKAN KULIT MUKA
    Putih telur sesuai dijadikan masker kerana kemampuannya untuk menegangkan kulit dan mengecilkan liang pori. Pukul putih telur sehingga berbuih dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Putih telur membantu mengawal minyak berlebihan pada kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih segar.
  5. MENGUATKAN OTOT RAMBUT
    Putih telur boleh digunakan sebagai rawatan rambut semulajadi. Protein dalam putih telur membantu menguatkan rambut dan mengurangkan kerosakan. Campurkan putih telur dengan sedikit minyak kelapa dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 20-30 minit sebelum dicuci bersih dengan syampu. Menggunakan putih telur pada rambut dapat memberikan kilauan semula jadi dan meningkatkan kesihatan kulit kepala.